Singapore Trip 2024

September 3, 2024

Comments

Pada 18-20 Ogos, Amir & Elly telah mengadakan sebuah percutian ke Singapura. Percutian ini adalah peluang untuk kami berehat, mengeratkan hubungan antara rakan sekerja, dan menikmati pengalaman baru di luar waktu kerja. Berikut adalah sorotan dari perjalanan kami yang menarik dan memuaskan.

Perjalanan kami bermula dengan pemanduan ke Singapura melalui Johor. Di hari pertama, kami berhenti di RnR Johor untuk mengambil gambar kenangan sebelum melanjutkan perjalanan.

Hari Kedua: Kami berada di Universal Studio Singapore (USS). Disini kami meneroka pelbagai aktiviti dan tarikan seperti Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle, Battlestar Galactica, Revenge of the Mummy, Raptor Ecounter dan Waterworld.

Pada hari ketiga, kami bermain permainan bola tampar di gelanggang pangsapuri yang memberikan kesempatan untuk bersenam dan berinteraksi dengan rakan sekerja dalam suasana yang lebih santai. Selepas itu, kami menuju ke Melaka untuk menikmati hidangan tempatan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Related Posts

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، ...السلام عليكم   Trip kami kali ini ke Bali, Indonesia bersama kakitangan Amir & Elly selama 5 Hari 4 Malam. Day - 1 in Bali : KLIA 2 - Denpasar Airport - Warung Nasi Padang - Private Villa in Sanur In flight to Bali...

PROGRAM CERAMAH GUAMAN

PROGRAM CERAMAH GUAMAN

PROGRAM CERAMAH GUAMAN [Wasiat, Hibah, Faraid & Harta Sepencarian]  بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم Pada 19.08.2020 yang lalu, Peguam Syrie kami iaitu Encik Wan Amir telah dijemput untuk memberikan sedikit penerangan atau talk bagi program ceramah yang...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *